PENGENALAN
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.
PENENTANGAN
Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di
Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang
panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Skrang. Rentap
yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke
kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang
mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan.
Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang
kubu-kubu di Sungai Skrang.
Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah
pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran
itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee
dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang.
Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan
ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau
bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah
panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan
membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang.
Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia
dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit
bernama Bukit Sadok.
Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh
sebatang merian yang dikenali sebagai “Bujang Timpang Berang”. Mulai
dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk
menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai
Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai “Bujang Sadok”.
Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman
Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20
oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap
dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu
kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian,
Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap
merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada
pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini
makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
No comments:
Post a Comment