Monday, 26 January 2015

DATO' MAHARAJA LELA

PERJUANGAN DATO MAHARAJA LELA DI PERAK


LATAR BELAKANG


Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.
Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.
Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH


J.W.W Birch

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.


c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

PERISTIWA PENENTANGAN

Ahli-Ahli Mesyuarat Untuk Menghapuskan J.W.W Birch

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

 
Tempat Birch Di Bunuh

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

 
Kubu Dato’ Maharajalela

KESAN PENENTANGAN


Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment