Nama : Yamtuan Antah Ibni Almarhum
Kemangkatan : 1888, di Seri Menanti,
Negeri
Sembilan
Tempoh pemerintahan : 1869 - 18888
Yamtuam Antah
ialah Yamtuan Negeri Sembilan dan memerintah negeri sembilan pada tahun 1876
hingga 1887. Nama penuh beliau ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja
Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang raja
yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan.
Pada tahun
1861, Yamtuan Radin, ayahanda Tunku Antah mangkat dan takhta kerajaan disandang
oleh saudaranya, Yamtuan Tunku Imam. Kemangkatan Yamtuan Imam pada tahun
1869 menimbulkan masalah pengganti kerana terdapat dua orang putera yang layak
menduduki jawatan Yang Dipertuan Besar. Mereka ialah Tunku Antah, putra Yamtuan
Radin terkenal sebagai pahlawan dan Tunku Ahmad Tunggal, putera Yamtuan
Imam terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah yang kaya. Dalam
persaingan ini Dato’Kelana Syed Abdul Rahman menyokong Tunku Ahmad Tunggal.
Sementara Undang yang lain lebih condong kepada Tunku Antah. Namun persaingan
takhta ini tidak mencetus sebarang pertempuran. Persaingan ini menyebabkan
jawataan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak dipenuhi dari tahun
1869 hingga tahun 1875. Pada tahun 1875 kecuali Dato’ Kelana Sungai Ujong
kesemua Undang hadir dan melantik Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan. Oleh sebab Dato’Kelana tidak hadir dia dilucutkan jawatan.
BRITISH BERTAPAK DI NEGERI SEMBILAN
Perjuangan
menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni Almarhum
Yamtuan Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah)
kelapan bagi kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac
1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman
membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong
biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula detik itu, British bertapak
di Negeri Sembilan. Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap pada April 1874
apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura
untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew
Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai Ujong
berada di bawah lindungan penjajah itu.
Datuk
Kelana menghantar surat itu kepada Clarke yang mengalu-alukan kehadiran seorang
residen untuk menasihatinya memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack
akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana
di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam
sebanyak 21 das seolah-olah British cuba memberitahu penduduk yang mereka
berkuasa di Sungai Ujong. Bagi mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk
Kelana yang dibantu oleh 150 askar. British lengkap bersenjata kemudian
menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar Rahang yang dimusuhinya pada
November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat serangan
itu.
DILANTIK SEBAGAI YANG DI-PERTUAN BESAR
Dengan kejayaan itu
pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai Ujong, PJ Murray
dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri
Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan Datuk
Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk
menjajah negeri mereka. Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak
menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan
Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu
Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana membenarkan British
bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya dengan pembesar
lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk
Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada pertengahan 1875, di bawah
lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh
Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong
sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk Kelana dan
British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan
daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang sama. Yamtuan
Antah yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang
dilantik Datuk Kelana.
Residen
British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan
Antah itu sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar
undang-undang. Pada 27 November 1875,Murray ke Terachi bersama 20 askar
diketuai Leftenan Hixman selain 30 polis dan masing-masing seorang doctor dan
seorang jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak
mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari kemudian, Murray
kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur
jarak antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly
bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang menuntut lelaki asing itu
dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong. Daly ketakutan, dia segera minta
bantuan kepada Murray di Sungai Ujong dan Residen itu segera dimaklumkan kepada
Yamtuan Antah.Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri
Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang
supaya bersedia untuk menghadapi peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk
mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk
Siamang Gagap,Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.
Seterusnya, pasukan perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberang Bukit
Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada
Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh
Terachi. Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan
Antah segera meminta bantuan kepada Negeri-negeri Selat. Keadaan British di
Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir akan penduduk akan
menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera menggali parit
dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan tentera
mereka.
PERTEMPURAN
Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang seramai 200 orang
berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai
Ujong, bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai
Leftenan Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan
tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis
dan 6 askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.
Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk
menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada pasukan
Hinxman menyebabkan mereka dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka
akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke
Rasah. Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di
tepi Sungai Linggi.
Pada 5
Disember 1875, British semakin tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal
merampas kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang lebih hebat. Menggunakan
meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil tentera Yamtuan Antah. Pertempuran
hebat menggegar bumi Paroi ketika itu. Selepas satu jam berbalas tembakan,
askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang di hadapan
kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya ditembak.
Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan
tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan
Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan.
Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan. Tunku Laksamana akhirnya
dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti.
Bantuan
tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai
Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan
perang terdiri daripa 350 askar British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan
dalam pertempuran sebelum itu, menyebabkan British memperkuatkan serangan
terhadap tentera Yamtuan Antah di Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk
meriam, mereka membedil kubu Yamtuan Antah. Selepas melepaskan 10 das meriam,
pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur.
Selepas
pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan Arab selain
mencedarakan ramai
pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula oleh British. Pada 10 Disember
1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar Gurkha, seramai
250 orang beserta pegawainya seramai 32orang. Pasukan meriam daripada kapal
perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan kekuatan tentera itu,
Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang
menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan
Antah, daripada pelbagai penjuru.
Pada 19
Disember 1875, satu pasukan perang diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong
menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan seramai 280
orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara British dan pejuang tempatan di
Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British. Selepas menawan
Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke Seri Menanti. Menyedari
kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa berundur meningggalkan
Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor. Di negeri itu, Yamtuan
Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu Bakar kemudian
menasihati baginda supaya berdamai dengan British.
Dengan
pertolongan Sultan Johor ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat
pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois. Yamtuan Antah bersama
empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui
Gabenor British di Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak
British memikirkan perkara yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk
setempat bagi menunjukkan imej baik mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju
melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam
Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah masing-masing
manakala daerah Sungai Ujong di bawah kekuasaan British.
KEMANGKATAN
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah
kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar
diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau
dimakamkan di Seri Menanti.